SEJARAH SEKOLAH
SMK Khir Johari telah dibuka pada tahun 1963 di sebuah bangunan dua tingkat yang sekarang masih digunakan oleh pelajar-pelajar tingkatan 1 dan tingkatan 2. Kelas aliran Melayu ini sebenarnya bermula dengan Sekolah Menengah Ibrahim, Sungai Petani pada tahun 1959. Pemindahan sepenuhnya berlaku pada tahun 1964 dengan pelajar-pelajar seramai 400 orang dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dan 21 orang guru. Sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Petani sehingga dirasmikan oleh Yang Berhormat Encik Khir Johari, Menteri Pelajaran ketika itu pada 6 Mei 1965 dan ditukarkan nama kepada Sekolah Menengah Kebangsaan Khir Johari. Manakala pada tahun 1969 pula, 2 kelas Tingkatan 4 Aliran Sains telah dibuka. Pada tahun 1971, bilangan pelajar telah meningkat kepada 1128 orang kerana berlaku pertambahan kelas seperti berikut :
a) Kelas Peralihan - 3 kelas f) Tingkatan 4 (Sains) - 3 kelas
b) Tingkatan 1 - 7 kelas g) Tingkatan 5 (Sastera) - 4 kelas
c) Tingkatan 2 - 4 kelas h) Tingkatan 5 (Sains) - 3 kelas
d) Tingkatan 3 - 3 kelas i) Tingkatan 6R (Sastera) - 1 kelas
e) Tingkatan 4 (Sastera) - 2 kelas
dan dalam keadaan yang mendesak, asrama sementara dibuka bertempat di sebuah bangunan yang asalnya Sekolah Melayu Sungai Petani dengan penghuninya 40 orang. Dengan kerjasama Sekolah Menengah Ibrahim dan Sekolah Menengah Che Tom masalah penempatan pelajar di SMK Khir Johari dapat di atasi sehinggalah apabila bilangan pelajar aliran Sains bertambah pada tahun 1972 menyebabkan penempatan di asrama kedua buah sekolah menjadi terhad kepada 80 orang sahaja. Keadaan ini menyebabkan pembukaan asrama sementara dibilik-bilik kelas bangunan rendah dengan kebenaran dan pengetahuan Ketua Pegawai Pelajaran Kedah. Bangunan Asrama Puteri yang digunakan sekarang mula didiami pada tahun 1972. Penghuni perempuan di tingkat atas, manakala penghuni lelaki di tingkat bawah. Pelajar-pelajar lelaki dipindahkan ke blok 2 tingkat yang baru di bina pada tahun 1986. Kelas tingkatan 6 rendah Sastera bermula pada tahun 1971 manakala Aliran Sains diwujudkan pada tahun 1973.Kini, SMKKJ mempunyai pelajar lebih kurang seramai 2200 orang pelajar dengan 130 tenaga pengajar serta 20 orang kakitangan sokongan. Persekolahan satu sesi bermula sejak tahun 2003 melibatkan semua tingkatan dengan jumlah 63 bilik darjah.
Mulai tahun 2009 kemasukan pelajar ke SMK Khir Johari telah mula memberi keutamaan kepada pelajar yang mendapat keputusan minimum 4A1B dalam peperiksaan UPSR 2008. Semoga kegemilangan SMK Khir Johari akan kembali bersinar seperti tahun-tahun awal penubuhannya dahulu.
SENARAI PENGETUA - PENGETUA
Allahyarham Tn Hj. Mohd Noor Ibrahim (1964) YM Tengku Adnan b. Tengku Mahmud (1965-1969) En. Mohd Arif b. Rahmat (1970-1974)
En Mohd Ismail b. Othman (1975) En Khairul Faizi b Khalid Abas (1975-1977) En Mahadzir b. Hashim (1977)
Tn Hj. Mahmood b. Ismail (1978) En Ahmad Mukhtar b. Hj. Abdullah(memangku) (1979) Tn Hj. Zakaria b. Ismail (1980-1986)
​
​
​
Pn Hajjah Zabedah bt Hj Mansor (1987-1990) Tn Hj. Kamaruddin b. Idris (1991-1992) Tn Hj Ahmad b. Abd Rahman (1992-1993)
​
​
​
Tn Hj Endut b. Tam (1993-1999) Tn Hj Fikrey Najib b. Hashim (1999) Tn Hj Zapor b. Zainol Din (2000-2003)
​
​
​
En Jamaludin b. Idris (2003–8/6/2008) Allahyarham En. Azizan b. Abd. Hamid En. Hashim B. Ismail
(15/11/08 – 2011 ) ( Ogos 2011 - 15 Disember 2014 )
​
​
​
Tn. Hj. Idris B. Osman ( 16 Disember 2014 hingga sekarang )
DOKUMENTARI ERA PERJALANAN SMK KHIR JOHARI
MUZIK VIDEO "CHEQ SAYANG CIKGU CHEQ"
LAGU TEMA HARI GURU TAHUN 2015
LOKASI PENGGAMBARAN : SMK KHIR JOHARI SG. PETANI KEDAH
TARIKH PENGGAMBARAN : 28 APRIL 2015
SEJARAH SMK KHIR JOHARI, SG PETANI, KEDAH. WAWANCARA DENGAN ALUMNUS BATCH 1 / 1962, CIKGU HJ SAID B BAKAR
Pembinaan Blok Kelas SMKKJPembinaan Blok Kelas SMKKJ pada lewat tahun 1950an | Pembinaan Blok Kelas SMKKJPembinaan Blok Kelas SMKKJ pada lewat tahun 1950an | Keadaan Bangunan SMKKJKeadaan Bangunan SMKKJ Pada Awal Tahun 1970an |
---|---|---|
Pandangan Hadapan SMKKJPandangan Hadapan SMKKJ Awal Tahun 1970an | Pandangan Hadapan SekolahPemandangan Hadapan Kawasan Sekolah Sekitar Tahun 1970an | Padang SekolahPemandangan Padang Sekolah Tahun 1970an |
Bangunan MakmalPemandangan Bangunan Makmal Tahun 1970an | Bangunan Asrama & Dewan MakanPemandangan Bangunan Asrama & Dewan Makan Sekitar Tahun 1970an | Dewan SekolahPemandangan Dewan Sekolah Sekitar Tahun 1970an |
Bengkel Seni PerusahaanBangunan Bengkel Seni Perusahaan ( Bengkel Kemahiran Hidup Sekarang ) Sekitar Tahun 1970an | Bangunan AsramaPemandangan Bangunan Asrama Tahun 1972 | Kata Aluan Dato Hussein OnnKata-kata aluan Dato Hussein Onn Menteri Pendidikan Tahun 1972 yang dimuatkan dalam Majalah Kemuncak Tahun 1972 diterima melalui telegram dari Kuala Lumpur bertarikh 27 November 1972 |
Persatuan Angklung SMKKJ 1972Pasukan ini ditubuhkan Pada 14 Ogos 1972 mempunyai seramai 37 orang ahli ( 9 lelaki & 28 perempuan ). Latihan permainan adalah pada pukul 3.30 - 5.00 petang pada hari Ahad, Khamis dan Sabtu 9.00 - 10.00 pagi. | Persatuan Gimnastik SMKKJ 1972Persatuan ini merupakan persatuan pergerakan jasmani yang tunggal di sekolah ini. dengan adanya 3 orang guru yang bertanggungjawab, persatuan ini telah dapat ditubuhkan. Kelolaan dan kepimpinan yang diberikan oleh mereka telah dapat menempatkan persatuan ini setara dengan persatuan lain yang mana latihan dapat dijalankan 2 kali seminggu. Bilangan ahli adalah seramai 33 orang. Yuran keahlian yang dipungut adalah 5 sen seminggu. | Persatuan Gimnastik SMKKJ 1972Aktiviti Ahli Persatuan Gimnastik SMKKJ 1972 |
Persatuan Gimnastik SMKKJ 1972Aktiviti Ahli Persatuan Gimnastik SMKKJ 1972 | Persatuan Gimnastik SMKKJ 1972Aktiviti Ahli Persatuan Gimnastik SMKKJ 1972 | Lantikan Pengawas 1972Perhimpunan Khas Sempena Lantikan Pengawas Sekolah Tahun 1972 |
Sambutan Hari Guru 1972Perhimpunan Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah Tahun 1972 | Kakitangan Sekolah 1972Gambar Barisan Guru - Guru dan Staf Sokongan Tahun 1972 | JK Lembaga Pengawas 1972Gambar JK Lembaga Pengawas Sekolah tahun 1972 |
Perasmian SMKKJPerasmian SMKKJ Awal 1970an | Ketibaan Tetamu VIPKetibaan Tetamu VIP untuk perasmian SMKKJ awal tahun 1970an | PerasmianPerasmian SMK Khir Johari Lewat Tahun 60 an |
PameranPameran sempena Majlis Hari anugerah Cemerlang tahun 1970an | Hari Anugerah Cemerlang Tahun 1970anHari Anugerah Cemerlang Tahun 1970an | Kejohanan OlahragaKejohanan Olahraga Balapan Tahun 1970an |
Kejohanan OlahragaPenyampaian Piala Kejohanan tahun 1970an | Kejohanan Olahraga tahun 1970anTetamu Jemputan | Merentas Desa Tahun 1970an |
Hari KokurikulumPertandingan Ratu Kebaya sempena sambutan Hari Kokurikulum tahun 1970 an | Pancaragam SMKKJPancaragam SMKKJ Tahun 1970an | Kejohanan OlahragaKejohanan Olahraga Balapan Tahun 1980an |
Lanskap Kolam SMKKJLanskap Kolam SMKKJ tahun 1980an terletak di antara dewan besar sekolah dan blok Pra U kini | Gelanggang Bola KeranjangGelanggang Bola Keranjang tahun 1980an yang kini menjadi makmal ICT | Pandangan Hadapan SMKKJPandangan Hadapan SMKKJ tahun 1980an |
Asrama Puteri tahun 1980an | Asrama Putera Tahun 1980an | Lanskap Asrama Puteri tahun 1980an |
Kantin SMKKJ Tahun 1980an | Bangunan Baru tahun 2014 | Laluan Berbumbung 2014 |
Bangunan Baru 2014 | Banggunan baru 2014 | Album Rakaman Lagu Cheq Sayang CikguAlbum Rakaman Lagu Cheq Sayang Cikgu Cheq yang diterajui oleh SMK Khir Johari iaitu lagu tema Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2015 |
Album Rakaman Lagu Cheq Sayang CikguAlbum Rakaman Lagu Cheq Sayang Cikgu Cheq yang diterajui oleh SMK Khir Johari iaitu lagu tema Hari Guru Peringkat Kebangsaan Tahun 2015 | Poster Penggambaran MVPoster Penggambaran Muzik Video Cheq Sayang Cikgu di lokasi SMK Khir Johari Sg. Petani Kedah pada 28 April 2016 | BUKU LUKISAN & PATUNG-PATUNGSumbangan Buku Lukisan dan Patung-patung Koleksi President Sukarno Dari Republik Indonesia oleh Melalui En. Mohd Khir Johari, Menteri Pelajaran Malaysia Yang Pertama dan di tempatkan di SMK Khir Johari Sg. Petani Kedah |
Lukisan SukarnoLukisan Catan Air Presiden Sukarno yang dimuatkan dalam Buku Lukisan & Patung-patung Koleksi Presiden Sukarno |